ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT ZON SELATAN 2019

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort dengan kerjasama Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Beaufort dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Beaufort akan mengelolakan program Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Zon Selatan 2019. Acara tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan diadakan pada ketetapan yang berikut :

Tarikh     : 20 Februari 2019 ( Rabu )

Masa       : 07.30 pagi (Pendaftaran) – 05.00 petang

Tempat    : Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Beaufort

Berikut merupakan senarai pelajar telah dipilih mewakili daerah Kuala Penyu sebagai calon Tokoh NILAM tersebut:-

Bahasa Malaysia Sekolah Rendah : Cecilia Jiulin (SJKC Chung Hwa, Kuala Penyu)

Bahasa Malaysia Sekolah Menengah : Geogia Gregory (SMK St Peter Bundu, Kuala Penyu)

Bahasa Inggeris Sekolah Rendah : Helena Jade Juin (SK St Peter Bundu, Kuala Penyu)

Bahasa Inggeris Sekolah Menengah : Siti Nurhayatul Fazella Binti Asri (SMK Menumbok, Kuala Penyu)

BENGKEL PENYELENGGARAAN NETBOOK DI SK TANJUNG ARU, MENUMBOK

Adalah dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh     : 26 – 27 Februari 2019 ( Selasa hingga Khamis )

Masa       : 08.00 pagi

Tempat    : SK Tanjung Aru, Menumbok.

Sebagai makluman tuan/puan juga, surat jemputan bengkel telah diedarkan pada 06 Februari 2019.

Sekian, terima kasih